Sunday, May 13, 2012

Kelebihan Perempuan

                              Assalamualaikum


  • Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah S.A.W. akan hal tersebut, jawab baginda: “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”
  • Wanita yang solehah itu lebih baik daripada 70 orang lelaki yang soleh.
  • Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
  • Apabila memanggil akan engkau dua org ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
  • Aisyah r.a. berkata “Aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W., siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab baginda, “Suaminya.” “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah S.A.W. “Ibunya.” 
  • Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dia kehendaki.
  • Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.
  • Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yg memberati auratnya yaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.
Beruntunglaa kita dilahirkan sbg perempuan :)

No comments:

Post a Comment